UTeM rai 3,459 graduan dalam konvokesyen ke-20
MELAKA: Istiadat Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan meraikan seramai 3,459 graduan pelbagai bidang yang berjaya menamatkan pengajian yang bermula hari ini hingga 11 November.
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Massila Kamalrudin berkata, istiadat diadakan dalam enam sesi penganugerahan merangkumi 120 graduan ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana (159), ijazah sarjana muda (2,683) dan graduan diploma (497).
“Kepada semua para graduan ucapan tahniah untuk mereka yang membuktikan bahawa dengan usaha dan dedikasi, tiada yang mustahil untuk dicapai. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepada kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
“Saya berharap agar kita dapat bersama-sama mendoakan agar majlis konvokesyen kali ke-20 yang akan bermula pada Sabtu ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Bitara Kesidang 2024 di Banda Hilir di sini, kelmarin.
Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri merangkap Canselor UTeM, Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam bersama isteri, Toh Puan Asmah Abd. Rahman.
Tambah Massila, Anugerah Khas Tun Canselor diperkenalkan tahun ini sebagai pengiktirafan tertinggi peringkat universiti bagi menghargai sumbangan individu atau kumpulan melalui pelaksanaan projek dalaman dan luaran yang memberi impak signifikan kepada UTeM.
“Anugerah staf pentadbiran ini buat julung-julung kali diadakan pada tahun ini merangkumi empat kategori iaitu Anugerah Pentadbir Terbaik, Anugerah Pelaksana Terbaik, Anugerah Khas Khidmat Komuniti dan Kesukarelawanan serta Anugerah Khas Sukan dan Rekreasi,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source