Enam anggota Malbatt 850 cedera, letupan sasar kenderaan awam di Lebanon
PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan enam anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) cedera dalam insiden letupan berdekatan Stadium Saida, Lebanon pada khamis.
Menurut kenyataan itu, insiden letupan tersebut berlaku pada pukul 1.54 tengah hari waktu Lebanon atau 7.54 malam waktu Malaysia.
“Kejadian berlaku ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
“Letupan tersebut telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.
“Akibat kejadian tersebut, seramai enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan iaitu lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm) dan seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 yang juga mengalami cedera ringan,” kata kenyataan itu.
Katanya, anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850-11.
“ATM akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapi dan akan memaklumkan sebarang kemas kini berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.
“ATM kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Terdahulu, tular di laman media sosial memaparkan beberapa keping gambar menunjukkan anggota tentera dipercayai daripada Malbatt 850-12 yang mengalami kecederaan.
Berdasarkan paparan imej itu, kelihatan ada anggota yang mengalami kecederaan di bahagian anggota muka selain ada juga anggota yang mengalami pendarahan.
Semalam, seramai 220 anggota menjadi kumpulan pertama Malbatt 850-12 ke Lebanon yang membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL).
Kumpulan itu terdiri daripada 43 pegawai, seorang pegawai awam dan 174 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta dua pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Untuk rekod, Malbatt 850-12 berkekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam daripada Kementerian Pertahanan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source