Alkohol, kokain ditemukan dalam badan Liam Payne
BUENOS AIRES: Bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne, mengambil alkohol, ubat anti kemurungan dan kokain sebelum ditemukan terbunuh dekat sebuah hotel, di sini, Oktober lepas.
Perkara itu disahkan pendakwa raya pada semalam berdasarkan laporan toksikologi yang dikeluarkan, baru-baru ini.
“Hasil ujian toksikologi yang dimaklumkan kepada keluarganya mendapati terdapat kandungan alkohol, kokain dan ubat anti kemurungan dalam badan Payne yang diambil sekurang-kurangnya 72 jam terakhir sebelum kematiannya,” kata pendakwa raya.
Pendakwa raya juga memaklumkan, tiga individu yang dipercayai membekalkan dadah kepada Payne, telah didakwa.
Katanya, hasil siasatan mendapati tiga individu tersebut, yang identiti mereka dirahsiakan, bersalah kerana membekalkan dadah kepada penyanyi tersebut.
Menurutnya, seorang daripada tiga individu berkenaan menemani mendiang setiap hari semasa keberadaannya di sini, justeru dia didakwa kerana membekalkan dadah kepada Payne dan meninggalkan penyanyi itu bersendirian di hotel tersebut.
Sementara itu, seorang pekerja hotel yang disebut sebagai suspek kedua, dituduh dua kali membekalkan kokain Payne sewaktu penyanyi asal United Kingdom itu menginap di Hotel berkenaan.
Manakala suspek ketika didapati membekalkannya dengan dadah tersebut dua hari sebelum kematiannya.
Payne pada 16 Oktober Oktober lepas, ditemukan tidak bernyawa selepas terjatuh dari balkoni hotel didudukinya, di sini.
Hasil bedah siasat mendapati mendiang meninggal dunia akibat pelbagai trauma, pendarahan dalaman dan luaran.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source