Akaun bank Vivy, syarikat hampir RM1.1juta kena beku
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang Fashion Valet bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Pembekuan tersebut adalah susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap suami isteri tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd. (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Menurut sumber, Isnin lalu, SPRM secara serentak telah menyerbu FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet), Kementerian Kewangan, Khazanah dan PNB serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.
“Sejak siasatan dijalankan SPRM menerusi ‘Op Favish’, kami telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri itu bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.
“Selain itu, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, Fashion Valet, akauntan, penilai syarikat dan introducer,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source