Bayaran akhir STR dibuat mulai esok
PETALING JAYA – Bayaran akhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing akan dibuat secara berperingkat mulai esok.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, pembayaran terakhir STR melibatkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion.
Menurut MOF, kerajaan juga telah menyalurkan hampir RM10 bilion kepada penerima STR dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sepanjang tahun 2024 berbanding RM8 bilion pada tahun 2023
“Pada masa yang sama, Kerajaan Madani akan menyalurkan bantuan tunai tambahan ‘one-off’ Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024.
“Manakala baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan Sara sepanjang tahun,” katanya.
Tambahnya, dengan penambahan bantuan tunai itu, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ia selaras dengan keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025, beliau mengumumkan kerajaan akan menambah baik STR dan Sara 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion.
Jelas Anwar, peningkatan peruntukan sebanyak 30 peratus adalah yang tertinggi pernah diberikan kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat.
“Ia akan memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
“Kenaikan peruntukan ini merupakan hasil penstrukturan semula kewangan kerajaan yang mengambil pendekatan untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat terbanyak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source