“Saya Tak Mahu Anak Membesar Dalam Keadaan Trauma”
Pendakwah selebriti, Da’i Syed berkata dia berjuang untuk membersihkan nama sehingga memohon rayuan di mahkamah tinggi bukan untuk diri sendiri sebaliknya untuk keluarga, isteri serta anaknya.
Memetik Kosmo, Syed berkata dia tidak mahu anak perempuannya itu sedih serta trauma kerana kata-kata orang susulan isu terpalit dirinya itu.
“Saya tidak mahu anak saya membesar nanti dalam keadaan trauma dan sedih berhadapan kata-kata orang luar. Jadi saya ada di sini untuk membersihkan kembali nama saya insya-Allah,” katanya.
Difahamkan, Da’i Syed hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan rayuan berhubung sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita lima tahun lalu.
Sementara itu, Syed berkata keadaan dirinya baik-baik saja dan bersyukur dikurniakan isteri yang baik namun sebagai manusia biasa dia juga turut rasa sedih.
“Alhamdulillah keadaan mental saya okey sahaja. Saya pun manusia biasa. Ada keadaan ‘down’, sedih. Sebagai lumrah manusia saya rasa sedih juga.
“Cuma saya bersyukur Allah bagi isteri yang baik, Allah kurniakan anak kepada kami. Alhamdulillah itu kesempurnaan kepada kami untuk saya kuatkan diri jiwa hati dan minda,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source