Graduan UUM bergaji RM4,000 ke atas meningkat
ALOR SETAR – Kadar kebolehpasaran graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) mencapai 90 peratus dan jumlah yang menerima gaji premium iaitu melebihi RM4,000 meningkat setiap tahun.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, kajian ke atas 6,144 graduan mendapati 324 orang menerima gaji premium dan daripada jumlah itu, seramai sembilan graduan memperoleh pendapatan RM10,000 ke atas.
“Jumlah itu meningkat dari tahun ke tahun dan boleh dikatakan prestasi amat baik jika diukur daripada jumlah mereka yang menerima gaji premium dan pendapatan bulanan RM10,000 ke atas,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, seramai 6,742 graduan akan diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-37 UUM yang berlangsung di Dewan Muadzam Shah di kampus UUM di Sintok, dekat sini bermula 10 hingga 14 November depan.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, UUM diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia bagi kategori di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024 yang diumumkan Mei lalu.
Pengumuman itu menjadikan kedudukan UUM yang berada di tangga 95 terbaik dunia pada tahun lalu sekali gus meletakkan UUM sebagai universiti awam nombor satu terbaik di negara ini berdasarkan penarafan itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source