Dewan terbakar akibat mercun, bunga api
TELUK INTAN: Kebakaran Dewan Arena Square di Jalan Raja dekat sini kelmarin, dipercayai berpunca daripada percikan mercun dan bunga api.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kebakaran sekitar pukul 11 malam itu berlaku ketika majlis sambutan hari lahir diadakan di dewan berkenaan.
Katanya, seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan penganjur majlis tersebut ditahan di rumahnya pada pukul 3 petang semalam, untuk siasatan lanjut.
“Lelaki warga tempatan itu ditahan susulan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak forensik bomba mendapati kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.
“Ketika kejadian, dewan tersebut disewa oleh penganjur daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) untuk sambutan hari lahir yang dihadiri kira-kira 500 tetamu,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, ketika majlis berkenaan, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai jenis mercun dan bunga api untuk digunakan tetamu.
Bagaimanapun katanya, semakan mendapati penganjur yang merupakan pemandu lori itu tidak memiliki lesen yang sah untuk penggunaan bahan api dan mercun.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
“Setakat ini, anggaran jumlah kerugian bagi kejadian kebakaran itu masih dalam siasatan,” katanya
Tambah beliau, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source