‘Influencer’ Tunai Umrah Kecewa Suami Bawa Wanita Lain Masuk Rumah 3 Hari – “Mereka Siap Buat Video Intim”
Baru-baru ini, seorang pempengaruh asal dari Indonesia iaitu Arie Rieyanthie mendedahkan bahawa suami yang selama ini dicintai berlaku curang terhadapnya ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah.
Melalui hantaran di Instagram, Arie meluahkan rasa kecewa kerana rumah tangga yang dibin selama berbelas tahun akhirnya bakal berakhir atas kelakuan suami tidak boleh diterima.
Katanya, suami tergamak membawa masuk wanita yang dikenali sebagai Maela Asila dan melakukan hubungan intim di dalam rumah mereka ketika pempengaruh tersebut berangkat ke umrah pada 18 Oktober.
Meski wanita tersebut tahu bahwa suami saya sudah menikah dan memiliki anak, ia tetap menjalin hubungan dan bahkan berdoa agar Allah SWT mempersatukan mereka.
Dalam pada itu, anak sulung Arie yang berusia 14 tahun turut mengetahui perbuatan ‘jijik’ ayahnya itu.
Anak saya jumpa chat antara bapanya dengan perempuan itu. Dia simpan sehingga saya pulang. Saya ikhlas jika mereka ingin bersama, dan semoga ini menjadi pelajaran bagi semua pihak.
Kini, Arie hanya mahu meneruskan kehidupannya bersama anak-anak tanpa sosok seorang imam disisi dan rela melepaskan perkahwinan yang dibina selama 16 tahun itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source