E-sports mampu jadi pemangkin ekonomi – Ahmad Zahid
PETALING JAYA – E-sports bukan sekadar ‘indoor game’, tetapi suatu industri yang berpotensi memberi impak besar kepada negara terutama dalam bidang kreatif dan teknologi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang itu malah berpotensi besar menjadi pemangkin ekonomi, mencipta peluang pekerjaan dan memperkasa belia dengan kemahiran masa depan.
“Sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara, saya melihat TVET juga memainkan peranan dalam membangunkan ekosistem e-sports ini.
“Melalui latihan dalam bidang sukan elektronik yang bukan sahaja melahirkan pemain, tetapi juga sebagai tenaga kerja mahir yang menguasai kemahiran seperti pengurusan acara, kejurulatihan, penghasilan konten dan teknikal produksi penyiaran,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan, beliau menyaksikan Grand Final Mobile Legends Professional League (MPL) Malaysia Musim Ke-14 (MPL MY S14) di Iskandar Puteri di Johor semalam.
Menurut beliau, momentum dan semangat tinggi yang dilihat dalam kejohanan itu diharapkan berterusan sehingga ke M6 World Championship akan datang.
Ujarnya, dengan sokongan semua pihak termasuk kerajaan, sektor swasta serta peminat e-sports, beliau yakin Malaysia mampu melahirkan bakat e-sports bertaraf dunia yang akan mengharumkan nama negara.
“Saya percaya Johor juga akan mengembangkan ekosistem e-sports mereka, kerana bidang ini berpotensi besar untuk menjadi pemangkin ekonomi, mencipta peluang pekerjaan dan memperkasakan belia dengan kemahiran masa depan,” katanya.
Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan RM20 juta dalam Belanjawan 2025 bagi pembangunan e-sports termasuk sebuah stadium khusus untuk e-sports bagi menyokong ekosistem sukan itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source