PKPIM signifikan dalam sosiopolitik era Malaysia Madani – Zambry
PETALING JAYA – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah suatu kelompok penggerak massa yang cukup signifikan dalam sejarah perkembangan negara.
Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, PKPIM juga penggerak massa yang signifikan dalam kesinambungan mutakhir sosiopolitik era Malaysia Madani.
“Peranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membangunkan insan yang bukan sahaja cemerlang daripada segi akademik, tetapi merupakan intelek manusiawi, penyelesai permasalahan dan inovator kreatif kepada isu-isu masyarakat.
“Saya yakin ini juga dilakukan oleh setiap persatuan mahasiswa termasuk PKPIM sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Zambry berkata, negara mahu melahirkan generasi masa hadapan yang bersedia daripada segala segi dan keterampilan ilmu menjadi adunan yang baik bersama akhlak, nilai, adab serta kemahiran.
Ujar beliau, ia menjadikan mahasiswa lengkap dengan pakej seorang bakal pemimpin masa hadapan, maka pembinaan ‘otak dan watak’ menjadi teras KPT dalam mengemudi perlakuan dan aktiviti mahasiswa.
“Saya doakan PKPIM akan terus bergerak tuntas ke hadapan dalam melopori setiap cabang dan dimensi mendatang.
“Terus melahirkan generasi kepimpinan yang akan menggalas tugas pemimpin masa depan ummah dan negara dan teruskan memberi khdimat bakti kepada masyarakat serta negara dalam apa jua perkara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source