Hanya Bertahan 2 Tahun, Jay Iswazir & Isteri Bercerai
Baru saja memasuki bulan November, kali ini pelakon Jay Iswazir dan isterinya, Azzahra Ahmad dilapor bercerai pada 28 Oktober lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Azzahra di Instagram miliknya mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Azzahra tidak mendedahkan punca perceraian mereka. Kata Azzahra lagi, dia membuat penjelasan itu bagi mengelakkan salah faham dan fitnah.
“Bismillahirohmanirrahim… Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail telah terlerai. Kami telah berpisah.
“Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga. Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan yang tau saja cukuplah,” katanya.
Sementara itu, Azzahra turut harapan agar bekas suaminya itu menunaikan tanggungjawabnya selepas bercerai. Azzahra sempat menitipkan ucapan terima kasih
“Semoga dalam tempoh edah ini, saya berharap agar awak dapat menunaikan tanggungjawab dan jangan mengambil mudah lagi.
“Cukuplah dengan apa yang terjadi selama ini, saya sudah cukup bersabar. Terima kasih atas segalanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri.
“Maaf atas segala kekurangan, halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang terbaik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source