“Dakwaan Lebih 100 Kedai Starbucks Di Malaysia Tutup Adalah Palsu” – Starbucks Malaysia
Baru-baru ini, Starbucks Malaysia dilaporkan telah menutup lebih 100 kedai dari operasi susulan kesan diboikot.
Bagaimanapun, melalui laporan New Straits Times, pihak Starbucks Malaysia tampil menafikan dakwaan terbabit dan mengatakan ia adalah berita palsu.
Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup hanya ditutup buat sementara waktu.
Menurut mereka, penutupan sementara itu dilakukan adalah sebahagian penilaian berterusan, bagi menyelaraskan kehadiran mereka dengan lebih strategik tanpa perlu kehilangan pekerjaan.
Dalam pada masa yang sama, Starbucks Malaysia turut memaklumkan mereka melihat peningkatan yang positif dalam jualan kerana pelanggan sudah mula menyedari bahawa dakwaan terhadap jenama mereka adalah tidak benar.
Bahkan, Starbucks sama sekali tidak pernah ada dalam senarai gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source