Young Tigers mahu tebus maruah di kejohanan Asia
PETALING JAYA: Kejohanan Remaja Asia di Muscat, Oman yang bermula hujung bulan ini akan menjadi medan untuk skuad Young Tigers menebus maruah yang tercalar.
Ini selepas skuad kendalian I. Vikneswaran itu menduduki tempat tercorot dalam saingan Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 baru-baru ini dan mendapat kritikan pelbagai pihak.
Vikneswaran berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada anak dalam kejohanan itu juga realistik.
Menurut jurulatih berusia 51 tahun itu, sasaran untuk mengisi slot empat terbaik di Oman itu mampu dicapai, terutama dengan keupayaan barisan pemainnya.
Walaupun kejohanan ini kurang dari sebulan, Vikneswaran percaya cabaran yang dilontarkan oleh KHM mampu direalisasikan.
“Kami perlu berusaha keras untuk mencapai sasaran ini, terutamanya berpandukan kepada pengalaman yang diperoleh sebelum ini.
“Sememangnya sukar sasaran itu untuk kami, namun apa yang diberikan oleh KHM sangat realistik dengan kemampuan pemain kita,” kata Vikneswaran kepada Utusan Malaysia.
Dalam masa yang sama, Vikneswaran menekankan betapa penting untuk anak buahnya terus diasah kemampuannya bagi merealisasikan sasaran terbabit.
“Saya percaya berdasarkan kemampuan pemain yang ditunjukkan ketika di SOJC, sasaran berkenaan mampu untuk dicapai.
“Pengalaman di SOJC dianggap sebagai pengajaran berharga untuk pemain yang perlu belajar dari kesilapan dalam berdepan pasukan bertaraf dunia,” ujarnya lagi.
Kejohanan Hoki Remaja Asia 2024 dijadualkan berlangsung pada 26 November hingga 4 Disember ini dan akan menampilkan 10 buah pasukan dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, China, Oman dan Bangladesh.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source