Makan suap RM18,000 program jabatan penyiaran
SHAH ALAM – Seorang penjawat awam direman tiga hari sehingga 4 November ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM18,000 berkaitan pelantikan mendapatkan perolehan perkhidmatan yang dikeluarkan sebuah jabatan penyiaran negara, tahun lalu.
Tempoh reman ke atas lelaki berusia lingkungan 40-an itu dibenarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Sumber berkata, suspek tempatan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, kira-kira pukul 3 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki menerima rasuah bagi mendapatkan perolehan perkhidmatan seperti sewaan lori, cetakan bahan promosi selain penyediaan makanan dan minuman melibatkan penganjuran program pada 2023.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan menerima kira-kira RM18,000 menerusi kemasukan wang ke akaun bank miliknya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source