Liga Super: Dominasi JDT semakin ‘kukuh’
SEREMBAN – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah menumpaskan pasukan terbawah liga, Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 4-0 dalam pertemuan kedua-dua pasukan semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini itu, JDT menguasai sepenuhnya perlawanan dan memiliki peluang menjaringkan gol sejak dari minit awal permainan.
Bagaimanapun, pelawat hanya memperoleh gol pada minit ke-14 menerusi Heberty Fernandes De Andre yang menyempurnakan sepakan percuma menewaskan Tauffiq Ar Rasyid Johar di gawang tuan rumah.
JDT tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol kedua apabila pada minit ke-20, Hiberty Fernandes sekali lagi memperlihatkan ketajamannya apabila merembat deras dari luar kotak penalti tanpa dapat dihalang Tauffiq Ar Rasyid. Keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, JDT tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol ketiga. Ia menerusi sentuhan pemain kebangsaan, Arif Aiman Mohd. Hanapi mudah menyempurnakan peluang diperoleh dihadapan gol NSFC pada minit ke-48.
Tuan rumah kemudian sekali sekala melakukan serangan namun pertahanan JDT sukar ditembusi.
Pada masa kecederaan, JDT melengkapkan kemenangan bergaya mereka apabila Jorge Leonardo Obregon Rojas menyudahkan sepakan penalti yang dianugerahkan untuk gol keempat pasukan itu.
Selepas mengharungi 13 perlawanan, JDT kukuh ditangga teratas dengan 37 mata manakala NSFC kekal di kedudukan tercorot dengan hanya enam mata. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source