Pengemis warga asing kutip RM12,000 sebulan
JOHOR BAHRU – Lokasi yang strategik dan sikap mudah kasihan rakyat Malaysia menyebabkan pengemis dalam kalangan warga asing terus wujud walaupun kegiatan itu berjaya dipatahkan sebelum ini.
Malah, ada dalam kalangan pengemis dan pengutip derma warga asing ini memperoleh kutipan sehingga RM400 sehari atau RM 12,000 sebulan.
Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan empat warga asing dalam operasi Ops Kutip dan Ops Jaja yang dijalankan di sebuah pasar malam di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, kelmarin.
Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan dalam operasi dari 6.20 petang hingga 7.20 malam itu terdiri daripada dua lelaki warga Thailand, seorang lelaki warga Kemboja dan seorang lelaki warga Pakistan.
Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan dan kewujudan pengemis dan pengutip derma warga asing di sekitar pasar malam berkenaan.
“Pengemis warga asing berusia antara 22 hingga 56 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti meminta sedekah sejak lebih tiga bulan di pasar malam tersebut.
“Pengemis yang ditahan dipercayai kudung sebelah kaki dan ada yang menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan rekod, JIM Negeri Johor telah melakukan serbuan di lokasi pasar malam itu pada Januari lalu, namun, masih terdapat individu-individu lain yang dipercayai melakukan kegiatan terbabit.
Katanya, pasar malam menjadi lokasi tumpuan pengemis dan pengutip derma ini hingga mampu memperoleh pendapatan yang lumayan. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source