Ina Naim Tak Boleh Menjanda Lama-Lama, Perlu Suami Untuk Bimbing Anak-Anak
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim berkata dia tidak boleh menjanda lama-lama kerana dia memerlukan pasangan untuk membesarkan anak-anaknya yang sedang membesar.
Memetik mStar Online, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina berkata kehadiran bakal suaminya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor dapat membantunya dalam mendidik dan membimbing anak-anak.
“Anak-anak memang tidak ke sekolah tetapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama duduk seorang (sendiri) kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.
“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang (suami) untuk teruskan pembelajaran setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Ina berkata majlis pernikahannya akan diadakan secara sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
“Saya jemput kawan-kawan terdekat. Minta maaf tak dapat jemput semua kerana saya tidak buat majlis besar pun. Minta maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan-kawan di TikTok, kalau boleh memang saya nak jemput semua.
“Saya buat sekadar majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk beberapa saudara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Saya sudah tua dan ada anak-anak. Takkan kita nak duduk atas pelamin untuk bersanding. Jadi saya buat perkara yang wajib sahaja iaitu bernikah dan jamu makan,” katanya.
Terdahulu, Ina mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 8 November ini dengan seorang duda anak dua.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source