‘Buli budaya keji, ini satu kegilaan’
KUALA LUMPUR – “Jangan tolak ansur sama sekali terhadap budaya buli yang berlaku di universiti dan pusat pendidikan”.
Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bercakap di Program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, hari ini.
Katanya, budaya dan amalan membuli kekal wujud ekoran ada pihak yang bersikap permisif dan mengalah terhadap perbuatan berkenaan.
“Ia kelompok kecil, bukan mewakili keseluruhan mahasiswa tapi mengizinkan budaya iaitu budaya samseng, buli, gengster dalam sistem pendidikan di sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Maahad Tahfiz dan sekolah agama.
“Ini adalah kegilaan. Kita bercakap soal ilmu, ritual, akhlak dan nilai. Kita tidak tahu disiplin itu mendidik manusia.
“Darjat kemanusiaan dan ilmu itu penting kepada penghayatan. Ini cabaran bagi setiap pimpinan Naib Canselor, profesor dan pensyarah termasuk saya dan menteri,” ujarnya.
Ujar Anwar, tiada erti kepintaran, keterampilan, kehebatan dan kemuliaan tanpa nilai dan akhlak dalam diri setiap individu.
“Ia (kes buli) tidak berlaku sekiranya budaya itu ditolak masyarakat. Ia perbuatan yang sangat keji.
“Sebab itu saya beritahu Kementerian jangan tolak ansur sama sekali kerana ia tidak berlaku secara terpisah, ia berlaku kerana budaya dipertahankan,” tegasnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior.
Pegawai kadet itu dipercayai didera menggunakan seterika yang ditekap pada dadanya sehingga meninggalkan kesan lecur.
Ia terbongkar apabila jurulatih yang melakukan pemeriksaan menyedari terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source