Angkara khianat dengan mercun, wanita kerugian lebih setengah juta
KULAI – Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki melakukan perbuatan khianat menggunakan mercun, sehingga menyebabkan seorang wanita tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Jalan Sri Putri 12/10, Taman Putri di sini musnah terbakar kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee berkata, mangsa berusia 41 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pukul 9.56 malam kejadian tersebut berlaku.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian berlaku disebabkan perbuatan khianat dengan menggunakan mercun.
“Kejadian ini mengakibatkan mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM510,000 akibat daripada kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan, 30, dan seorang lelaki warga asing, 23.
Katanya, susulan penahanan dua lelaki itu, polis turut merampas pelbagai jenis mercun dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek warga asing itu positif dadah jenis ganja.
Tahanan reman ke atas kedua-dua suspek katanya, dikenakan selama enam hari bermula hari ini sehingga 6 November ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source