“Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Masih Sama, Tak Guna Juga”
Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata sikapnya suka memujuk antara rahsia rumah tangganya mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Memetik Media Hiburan, Yusof berkata setiap rumah tangga sudah pasti ada krisis namun tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan dan tidak bermakna memujuk itu tanda kalah.
“Kalau asyik berkahwin dan bercerai, ia seperti tiada kesudahan. Ini adalah petua yang telah diamalkan oleh ibu bapa saya. Arwah bapa saya seorang kaki pujuk.
“Tiada hubungan yang sentiasa tenang. Ada masa kita bertekak dan merajuk. Namun, suami isteri harus memainkan peranan dan bertolak ansur. Apapun, usaha harus dimulakan oleh suami,” katanya.
Sementara itu, Yusof berkata suami seharusnya bijak memujuk dan mengambil hati isteri serta tidak hanya mengharapkan pemberian materialistik semata-mata kerana baginya perbuatan itu lebih bermakna.
“Cara saya memujuk adalah dengan kata-kata manis dan bukan dengan bunga. Pada saya, itu simbolik sahaja. Saya pun tak reti nak bagi bunga atau hadiah melainkan pada hari jadi.
“Pada saya, kata-kata dan perbuatan itu jauh lebih bermakna. Kalau bagi bunga tapi masalah sama masih berlaku, tak guna juga,” katanya.
Dalam pada itu, Yusof mengakui bimbang melihat peningkatan kes penceraian sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi melibatkan pasangan selebriti serta terkejut apabila membaca kisah pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.
“Sebelum ini, bila dia kembali rujuk dengan suami, saya dan isteri tumpang gembira. Itulah yang sebaiknya. Kata isteri saya, Farid pandai memujuk. Sama seperti saya.
“Jadi, saya agak sedih juga bila dapat tahu mereka mahu bercerai. Namun, kita tak tahu apa yang mereka lalui dalam berumah tangga. Kita hanya melihat secara rambang. Allah lebih tahu,” katanya.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source