Saya akan jernihkan keadaan kembali – Farid Kamil
KUALA LUMPUR: “Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali.”
Demikian kata pelakon, Farid Kamil yang kekal mahu mempertahankan rumah tangganya selepas isterinya yang juga aktres, Diana Danielle nekad untuk bercerai, kelmarin.
Pemilik nama penuh Farid Kamil Zahari, 43, turut menegaskan bahawa dia masih sayangkan isteri dan anak-anaknya selain memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.
“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan seperti semua maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya.
“Insya-Allah doakan yang terbaik,” katanya dalam sebuah hantaran video di Instagram.
Isnin lalu, Diana mengejutkan ramai pihak selepas meluahkan hasratnya untuk berpisah dengan pelakon filem Lagenda Budak Setan itu meskipun enggan mendedahkan punca dengan terperinci.
Kemudian, Diana yang dihubungi untuk memberikan ulasan berkenaan perkongsian yang dimuat naik di Instagram itu memilih untuk mengunci mulut dan mohon untuk memberinya ruang.
Bagaimanapun, hantaran dalam akaun media sosial itu sudah dipadam olehnya.
Dalam pada itu, peguam yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan aktres yang membintangi filem Imaginur itu juga sudah memberi arahan untuk meneruskan proses memfailkan perceraian terhadap Farid dalam tempoh terdekat.
Pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari atas alasan tiada persefahaman.
Namun, pasangan itu kembali rujuk selepas sebulan berpisah.
Untuk rekod, Farid dan Diana telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. -UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source