Rumah sembelihan ayam di Puchong langgar SOP halal digempur
PUCHONG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menggempur sebuah rumah sembelihan ayam yang beroperasi di sebuah kedai, di sini, malam ini.
Serbuan Op Kita Gempur yang bermula pukul 8 malam itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan aduan orang awam.
Kosmo! yang mengikuti serbuan mendapati, premis tersebut merupakan pembekal ayam di beberapa pasar raya di sekitar Lembah Klang dengan kapasiti keluaran 16,000 ekor setiap hari.
Pemerhatian di bahagian luar premis, terdapat beberapa raga berisi ayam dibiarkan tanpa penutup dipercayai untuk diambil pelanggan selain kebersihan premis berada di tahap tidak memuaskan.
Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Rasey berkata, antara kesalahan dikesan hasil pemeriksaan adalah pelanggaran Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Katanya, premis tersebut turut melakukan kesalahan berulang dengan memproses sembelihan ayam di luar premis.
“Ketidakakuran yang besar dilakukan adalah tiada pemeriksa halal (checker) semasa proses penyembelihan dijalankan.
“Syarikat tersebut turut melanggar Halal Good Manufacturing Practices (GMP) kerana premis tidak bersih serta tidak menepati piawaian dan juga terdapat kesalahan lain,“ katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan.
Jelas beliau, KPDN mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan empat unit penimbang yang tidak ditentusahkan.
“Kesalahan seterusnya adalah memiliki 13 tong gas LPG tanpa permit yang sah untuk tujuan perdagangan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.
Kata Mohd Zuhairi, hal berkaitan pensijilan halal akan dibawa ke Mesyuarat Jawatan Kuasa Teknikal Halal oleh pihak JAIS bagi mengesahkan status sijil halal dimiliki.
“Kaedah sembelihan dilihat mengikut proses halal yang ditetapkan namun beberapa kesalahan dikesan akan dibawa ke mesyuarat untuk tindakan lanjut,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source