“Penceraian Saya Adalah Taklik Disebabkan Perangai Isteri Saya” – Jofliam Dakwa Cik Epal ‘Kambing Hitamkan’ Isu Milan
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam telah mendakwa isu penceraian dengan bekas isterinya, Cik Epal adalah secara lafaz taklik.
Menerusi beberapa hantaran yang dibuat di Instagram Storynya, Jofliam menjelaskan bahawa penceraiannya tidak melibatkan orang ketiga akan tetapi kerana sikap bekas isterinya yang menjurus kepada lafaz taklik.
Penceraian taklik yang berlaku disebabkan perangai bekas isteri saya. Sehingga kini sijil atau dokumen penceraian taklik tidak diserahkan kepada saya, semua ada pada bekas isteri. Kenapa dia pegang dokumen tu sebab dia taknak orang tahu penceraian kami adalah taklik.
Usahawan itu turut berkata dakwaan yang mengatakan dia berlaku curang dan kejadian di Milan adalah cerita yang direka oleh Cik Epal untuk menutup punca sebenar penceraian mereka.
Isu Milan dan seterusnya adalah isu yang dikambing hitamkan oleh bekas isteri saya untuk tutup punca penceraian taklik tersebut.
Usahawa tersebut turut menambah dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu membuka aib bekas isterinya namun isu ini telah menjadi isu yang besar sehingga dia akhirnya bersuara mengenai penceraian mereka.
Saya taknak aib diteruskan cuma saya akan lawan untuk dapatkan hak penjagaan anak-anak saya.
Dia turut berkata keputusan hak penjagaan anak-anak akan menceritakan perkara yang sebenar. Dia juga meminta agar pihak Cik Epal untuk bersiap sedia untuk membela diri di mahkamah kelak berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source