Transporter ditahan pikul 5kg syabu di pesisir pantai
MELAKA – Kegiatan seorang transporter menyeludup keluar bekalan dadah melalui laluan laut bagi kegunaan penagih di negara jiran tumpas selepas diberkas di pesisir pantai berhampiran Kota Syahbandar, di sini, kelmarin.
Suspek warga Indonesia berusia 40 tahun itu diberkas bersama-sama lima kilogram (kg) syabu yang dibawa di dalam beg galas kira-kira pukul 5.50 pagi.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (BKSJN) Ibu Pejabat Daerah Alor Gajah.
“Suspek disyaki telah melakukan kegiatan itu sejak pertengahan September lalu menggunakan laluan laut dan mengaku ia bagi pasaran di negara jiran.
“Semasa serbuan dibuat suspek membawa lima peket lutsinar dadah disyaki syabu seberat 5,053 gram yang dianggarkan bernilai RM161,696,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Jelasnya, jumlah rampasan dadah tersebut boleh digunakan oleh 25,265 penagih.
Tambahnya, hasil soal siasat suspek mengaku bekalan berkenaan diperoleh dari Selatan Thailand.
“Saringan ujian air kencing dijalankan ke atas suspek mendapati negatif dadah serta tiada rekod lampau.
“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 3 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 sebatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source