Arteta akui Arsenal belum mengalah
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta enggan memikirkan mengenai kedudukan pasukannya yang ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Manchester City selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Liverpool di Emirates awal pagi semalam.
Arsenal ketika ini menduduki tangga ketiga ketinggalan empat mata di belakang Liverpool yang kehilangan takhta liga kepada City yang memiliki kelebihan satu mata ketika ini dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelima berturut-turut.
“Kami pastinya tidak mahu berada di kedudukan ini, kami mahu memiliki kelebihan lima mata, tetapi inilah kedudukan kami ketika ini.
“Namun, kami masih dalam persaingan dan pasukan mahu teruskan perjuangan ini. Saya sentiasa dapat rasakan setiap hari bahawa perjuangan pasukan ini tidak akan pernah berakhir, kami akan memburu kedudukan yang lebih baik.
“Saya melihat pasukan dan tidak pernah ragu. Saya memberitahu anda sebelum ini bahawa kami akan beraksi dengan hebat kali ini dan kami buktikan apabila berjaya mendahului mereka walau terpaksa akur dengan satu mata,” kata Arteta.
Arsenal membuka tirai jaringan menerusi Bukayo Saka sebelum Virgil Van Dijk menyamakan kedudukan dan The Gunners sekali lagi di hadapan hasil jaringan Mikel Merino sebelum Mohamed Salah meledak gol penyamaan sembilan minit sebelum waktu sebenar tamat.
“Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol pada babak pertama, mereka bangkit di separuh masa kedua dan kami mula hilang keinginan. Namun, saya berpuas hati dengan keinginan dan tahap agresif pemain dalam perlawanan ini,” jelasnya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source