“Kalau Saya Nak Pakai Saya Akan Pakai Sampai Bila-Bila, Tak Mahu Buka Lagi” – Ameera Khan Jawab Soalan Bila Mahu Bertudung
Baru-baru ini, adik kepada selebriti, Neelofa iaitu Ameera Khan berkongsikan pandangannya mengenai menutup aurat dengan sempurna (pakai tudung) ketika membuat live di Instagram.
Jawab soalan ‘bilakah mahu berhijab’
Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menjawab beberapa pertanyaan orang ramai mengenai bilakah mahu memakai tudung semula.
Kata pempengaruh media sosial itu, dia sendiri juga sering bertanya kepada dirinya soalan ‘bila saya akan mula berhijab’ tetapi gagal beberapa kali apabila cuba untuk pakai.
Dalam kehidupan saya, saya pernah berhijab dalam dua ke tiga kali sahaja dan kemudian saya buka balik tudung. Jadi, macam kalau saya nak pakai tudung saya akan pakai sampai bila-bila dan tidak mahu membukanya lagi.
Doa agar terbuka hati untuk bertudung semula
Dalam pada masa yang sama, Ameera turut memohon doa daripada orang ramai agar dirinya terbuka hati untuk memakai semula tudung satu hari nanti.
Insya-Allah satu hari nanti saya akan memakai hijab dan tidak akan ada sebarang fikiran tentang saya belum bersedia untuk bertudung. I can’t say that.
Bahkan, adik Neelofa itu turut mendoakan kaum wanita yang sedang berusaha mengenakan hijab dipermudahkan urusan mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source