“Saya Dah Tak Sekuat Dulu”
Meskipun sudah empat bulan tidak mampu bekerja akibat penyakit lemah jantung dan buah pinggang, pelakon Ebby Yus berjuang untuk meneruskan kehidupannya.
Memetik Kosmo, Ebby berkata dia sanggup menggadaikan lima keris koleksi peribadinya untuk menampung kelangsungan hidup.
“Penyakit lemah jantung yang saya hidapi sejak 2018 membuatkan tenaga saya tidak kuat dulu, tambah-tambah sekarang apabila saya kena mulakan rawatan dialisis pula akibat sakit buah pinggang.
“Dahulu saya sudah jual empat kereta, sekarang saya ada keris lama yang mempunyai nilai kepada pengumpul. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat tampung belanja harian,” katanya.
Ebby memaklumkan dia baru tiga hari dibenarkan pulang ke rumah, selepas berkampung di hospital selama 17 hari sejak awal bulan ini.
Menurut Ebby lagi, kesihatannya di tahap yang baik selepas pembedahan memasang perentak jantung akhir tahun lalu dan dapat memenuhi beberapa tawaran kerja termasuk bersama Sepahtu Reunion.
Bagaimanapun, kesihatannya mula terganggu sejak empat bulan lalu dan awal Oktober ini dia dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat lebih dua minggu.
“Kesihatan saya mula terganggu sejak empat bulan lalu hingga pergerakan semakin terbatas tetapi tidak ramai tahu keadaan saya (masuk wad) kerana tidak mahu hebohkan.
“Saya jalani pembedahan kecil pada perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah namun luka saya dijangkiti kuman yang menyebabkan saya lama di hospital.
“Esok (Ahad) saya perlu ke hospital lagi bagi menjalani rawatan susulan selain periksa tiub atau kateter yang dipasang pada bahagian perut saya,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source