Ada ibu bapa guna Bantuan Awal Persekolahan beli beras
ALOR SETAR – Ada dalam kalangan ibu bapa menggunakan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk membeli keperluan dapur termasuk beras daripada barang sekolah anak mereka.
Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Kedah, Zainol Abidin Mohamad berkata, sehubungan itu pihaknya meminta supaya ibu bapa bersikap amanah dengan menggunakan wang bagi keperluan persekolahan anak-anak mereka sahaja.
Beliau menambah, kebarangkalian wang tersebut digunakan untuk kelengkapan menyambut Ramadan dan Hari Hari Aidilfitri pada tahun depan adalah tinggi memandangkan sesi persekolahan 2025/26 bermula dua minggu sebelum sambutan itu.
“Nama pun bantuan persekolahan kita berharap ibu bapa ikutlah hasrat kerajaan untuk membantu meringankan beban pelajar ketika nak masuk sekolah. Gunalah untuk beli kelengkapan sekolah anak-anak. Namun umat Islam dijangka sambut Ramadan pada awal Mac iaitu dua minggu buka sekolah dan wang BAP ini mungkin tengah diagihkan ketika itu.
“Semestinya ada dalam kalangan ibu bapa akan ambil wang itu untuk kegunaan lain termasuk baju raya dan sebagainya. Saya rasa semua kena amanah dan bertanggungjawablah. Sebelum ini pun kita tahu ada ibu bapa yang ambil duit itu beli benda lain termasuk barang dapur… beras, carilah wang lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zainol Abidin menambah, pihaknya pada masa yang sama mengesyorkan agar agihan wang BAP itu tidak dilakukan terlalu awal bagi memastikan ia digunakan dengan cara terbaik untuk pelajar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source