Seludup diesel guna kad fleet ke Thailand
TUMPAT: Taktik licik seorang pemandu lori menyalahgunakan kad fleet untuk membeli diesel bersubsidi kemudian menyeludup keluar bahan api itu ke Thailand terbongkar selepas ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Kasban, Kampung Tualang di sini semalam.
Lelaki berusia 58 tahun itu ditahan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 8 pagi selepas PGA mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori itu telah menjumpai sebuah tangki yang telah diubah suai.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan lebih 80 liter minyak diesel.
“Selain itu, kita turut merampas tiga keping kad fleet, resit belian yang digunakan untuk membeli minyak diesel pada harga subsidi.
“Suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar untuk menyeludup minyak diesel tersebut ke negara jiran. Anggaran nilai bahan api itu sebanyak RM236,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Katanya, suspek dan barangan rampasan diserahkan ke kompeni taktikal (komtak) PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source