“Saya Dengan Suami Dah Kahwin Dua Tahun, Baru Tahu Dia Sebenarnya Perempuan” – Wanita Tidak Tahu Pasangan Tukar Jantina
Baru-baru ini, seorang peguam syarie, Puan Hazwani Zainal berkongsi mengenai kisah seorang wanita yang bertanya tentang masalahnya yang baru mengetahui suaminya merupanya seorang wanita.
Wanita itu memberitahu dia dan pasangannya sudah berkahwin selama dua tahun dan perkara itu terbongkar apabila dia sedang mengemas barang lama suaminya dia rumah pusaka neneknya.
Ketika dia mengemas, dia menemui rekod perubatan yang membuktikan si suami pernah menjalani pembedahan menukar jantina suatu ketika dahulu.
Dalam kad pengenalan memang tulis dia lelaki. Fizikal dia pun memang macam lelaki sebab tu masa nak daftar nikah, pejabat agama boleh luluskan.
Wanita itu turut berkata dia sempat ‘scan’ semua dokumen yang membuktikan suaminya merupakan seorang wanita.
Peguam itu memberi nasihat agar si isteri rujuk dengan mahkamah syariah bagi memfaraqkan pernikahan yang sudah jelas tidak sah di sisi syarak.
Mahkamah juga boleh memerintahkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memperbetul maklumat jantina suaminya agar tiada orang lain yang menerima nasib yang sama.
Perkongsian ini telah dikongsikan menerusi akaun TikToknya.
@puanhazwanizainal FARAQ NIKAH: TERNIKAH SAMA JANTINA Isu pembedahan plastik untuk menukar jantina adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian kerana ianya melibatkan banyak isu agama yang akan timbul. Misalnya isu perkahwinan pihak-pihak. Apabila berlaku terkahwin sesama jantina tanpa sedar, maka perkahwinan tersebut hendaklah difaraqkan walaupun pembedahan tersebut berjaya menyebabkan alat kelamin plastik tersebut berfungsi. #faraqnikah #perceraian #pembubaranperkahwinan ♬ Kecewa – Tuah Adzmi
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source