“Dengar Ceramah Agama Dapat Tambah Ilmu Untuk Jadi Insan Lebih Baik”
Pelakon Keith Foo mengakui kerap mendengar ceramah tentang agama Islam untuk menambah ilmu bagi menjadi individu lebih baik sejak menjalin hubungan cinta dengan Riena Diana.
Memetik HibGlam, Keith berkata baginya tidak salah untuk dirinya mendalami agama lain dalam masa sama untuk mempelbagaikan ilmu.
BACA: Risau Penyakit Ain, Riena Diana Kurang Kongsi Momen Manis Dengan Keith Foo
“Tidak salah mendalami agama lain sebab kita semua boleh belajar sesuatu dan ambil setiap perkara yang baik. Mendengar ceramah boleh menambah ilmu saya untuk menjadi insan lebih baik. Kalau perkata positif, saya akan ambil,” katanya.
Sementara itu, Keith berkata dia dan bertanya dan merujuk kepada Riena berkaitan hal agama termasuk amalan bersedekah serta berkenaan sambutan Maulidur Rasul.
“Ada masa memang saya kurang faham kemudian akan bertanya kepada Riena. Contoh, ketika sambutan Maulidur Rasul, saya tanya Riena apa yang boleh buat untuk tambah pahala, dia kata mungkin boleh bersedekah.
“Jadi, secara tidak langsung, saya dapat membantu golongan yang memerlukan dan gembira dapat melakukan perkara sebegitu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 41 tahun berkata dia tidak risau dengan pandangan ramai apabila terbuka berkongsi kemesraan dengan Riena di media sosial.
“Saya tidak kisah tentang negativiti kerana semua itu bukan boleh berlaku dalam hubungan sahaja tetapi wujud dalam apa jua keadaan.
“Kalau ada yang bercakap negatif, saya tidak ambil kisah tetapi nilainya sebagai satu bentuk pengajaran. Bukan hak saya untuk halang apa orang luar cakap, saya tiada hak untuk tentukan hidup mereka (netizen),” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source