“Tiada Guna Buka Aib, Berdrama Lepas Cerai”
Tersenarai sebagai ‘duda hot’ dalam kalangan netizen, pelakon Hisyam Hamid hanya tersenyum dan tidak terkesan dengan gelaran berkenaan.
Memetik Kosmo, Hisyam berkata dia lebih mementingkan soal kerjaya agar bebas daripada gosip panas. Malah, dia tidak sembarangan memuat naik gambar bersama mana-mana wanita kecuali atas dasar komitmen.
BACA: Digelar Duda Hot, Hisyam Hamid Anggap Sebagai Pujian
“Melainkan wanita itu merupakan gandingan saya dalam filem atau drama. Ya, saya akan kongsikan. Tetapi jika sekadar ingin ambil gambar bersama kerana jumpa pada acara hiburan perkara itu jarang berlaku.
“Sekarang saya lebih berhati-hati kerana besar kemungkinan setiap yang dikongsikan akan menjadi bahan cerita. Saya tidak mahu ada gosip mengatakan saya ada hubungan dengan mana-mana wanita sedangkan perkara itu tidak benar,” katanya.
Dalam pada itu, Hisyam berkata cukup jika orang ramai menilainya berdasarkan kualiti lakonan dan dia bukanlah seorang yang mahu meraih perhatian serta memilih kehidupan yang tenang tanpa gosip.
“Gosip itu tidak teruk atau salah dan tiada kena mengena dengan status sekarang (duda). Tetapi saya rasa benda sebegitu tidak perlu. Lebih tiada berita berbanding kisah yang boleh mengundang kecaman.
“Sama juga dengan kisah perceraian sebelum ini. Tiada guna untuk menceritakan hal itu kepada umum, apatah lagi hendak buat ‘drama’ atau membuka aib sesiapa. Itu bukan cara saya dan kalau boleh saya hendak hidup setenang yang mungkin,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source