Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya
Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan dia mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya selepas selesai proses hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla meluahkan rasa syukur isu penjagaan anak dengan bekas suaminya, Fizi Ali selama hampir setahun akhirnya selesai.
BACA: Rimas Dituduh Penyondol, Shakilla Khoriri Ajak Wanita Bersemuka
“InshaAllah, Allah izin saya untuk jaga sepenuhnya Ameena. Doakan daddy Ameena kekal dengan amanah dan tidak lupa tanggungjawab yang wajib untuk anak kandung dia,” tulisnya.
Menurut Shakilla lagi, matlamat utamanya adalah untuk menjaga hak anak perempuannya dan memastikan Ameena tidak merasakan sebarang ketidakadilan antara dia dan Fizi.
“Aku berlapang dada menerima apa saja keputusan. Cuma aku tak pernah akan give up dengan kebenaran yang aku simpan.
“Pertahankan hak Ameena supaya nanti, Ameena tak akan rasa berat sebelah antara Umi atau Daddy dia. Aku pikul tanggungjawab sepenuhnya kerana Allah. Kerana Ameena harta yang tak ternilai untuk aku,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shakilla berkata Ameena adalah tanggungjawabnya dan Fizi namun terpulang kepada masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin.
“Aku dah penat. Kita semua ada kiri dan kanan yang menilai setiap perkara. Jadi terpulang. Tepuk dada tanya selera. Jika baik, baiklah perjalanan kita nanti dekat sana, jika sebaliknya kita juga yang dipersoal. Allahulalam,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source