Aisyah Hijanah Kongsi Cara Elak Rasa ‘Sakit’ Bila Berjauhan Dengan Alif Teega – “Sayang Allah, Diri Dulu Baru Sayang Suami”
Perkongsian Aisyah Hijanah di Instagram mendapat pelbagai respon daripada warganet selepas dia berkongsi tentang bagaimana dia luangkan masa apabila Alif Teega tiada bersamanya.
Seperti yang ramai tahu, Alif berkahwin dua dan Aisyah berkongsi dengan pengikutnya aktiviti-aktiviti yang dilakukannya di rumah ketika Alif tiada.
Akui tidak gemar untuk berkongsi tentang hal itu namun Aisyah berkata dia harap dapat memberi manfaat agar semua orang menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.
Memang tak gemar nak share benda ni tapi hopefully boleh beri manfaat utk sayang diri sendiri dahulu. Bila hati kita attach kepada suami, memang kita akan sakit bila kita nampak dia keluar, lagi-lagi kita tahu tujuan dia.
Tetapi, bila kita reduce sikit sayang kita & reset hati kita “sayang Allah dulu, sayang diri dulu baru suami” barulah kita akan okay sedikit.
Buat ‘self care’ dan beribadah
Berdasarkan hantaran itu, Aisyah dilihat membuat aktiviti menjaga kecantikan dan kebersihan diri atau ‘self care’ serta turut meluangkan masa untuk mendengar kuliah agama.
Ujar Aisyah lagi, ia bukanlah satu perkara yang mudah malah dia sendiri akui mengambil masa beberapa bulan untuk ‘reset’ hatinya benar-benar untuk Allah SWT.
Kita dah 6 tahun kan dengan dia berdua, tiba ujian macam ni memang menguji jiwa kita. Selalunya, Aisyah akan set mindset sehari sebelum hari itu. Aisyah akan plan nak buat apa terus. Fokus cari ilmu, tambah solat-solat sunat, zikir, buku, selfcare.
Ramai yang menonton perkongsian Aisyah itu berasa sebak dan muhasabah untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
Rata-rata wanita berterima kasih kepada Aisyah kerana perkongsiannya itu berjaya membuka mata mereka untuk melihat ujian dari sudut positif selain turut memujinya seorang wanita yang kuat dan hebat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source