Wanita buat kecoh di stesen minyak didakwa esok
SUNGAI BULOH – Wanita yang membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaan miliknya di sebuah stesen minyak, Hillpark Saujana Utama, di sini, akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek berusia 42 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar.
Katanya, kertas siasatan sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan mendapat arahan pertuduhan.
“Suspek akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Wanita itu juga akan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Kosmo! melaporkan suspek telah ditangkap pada pukul 3.40 pagi dibuat ketika berada di Balai Polis Saujana Utama, di sini.
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kejadian tular membabitkan seorang wanita membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaannya di sebuah stesen minyak.
Kejadian pada pukul 7.50 malam itu berlaku ketika wanita tersebut tiba di lokasi menaiki sebuah kereta sebelum meletakkannya di belakang kenderaan lain.
Tindakan itu menyebabkan kenderaan lain gagal untuk keluar.
Pada masa sama, pelanggan lain di lokasi turut meminta wanita itu mengalihkan kenderaan namun dimarahi dan diserang dengan menggunakan sebatang buluh.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source