Hoki SOJC: Jepun belasah Malaysia 4-1
JOHOR BAHRU – Hasrat pasukan remaja kebangsaan untuk meraih kemenangan pertama tak kesampaian, malah dibelasah Jepun 4-1 dalam aksi Kejohanan Hoki Antarabangsa bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 di Stadium Hoki Johor, di sini, malam ini.
Skuad remaja kebangsaan berjaya meledak gol pembukaan pada suku ketiga pada minit ke-35 hasil jaringan gol padang Adam Ashraf bagi meletakkan Malaysia di hadapan.
Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila pasukan lawan menyamakan kedudukan empat minit kemudian hasil jaringan Hyota Kamada menerusi pukulan penalti.
Kesilapan di bahagian pertahanan yang membuat hantaran lemah dipintaskan Kimura dan membuka ruang kepada Yuto Higuchi untuk menjaringkan gol pada minit ke-43.
Kapten, Yamato Kawahara dan Koyo Nishada menambah derita buat Young Tigers apabila meledak gol padang pada minit ke-48 menerusi percubaan dari sudut sukar.
Gawang pasukan tuan rumah bolos sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Koyo Nishada menewaskan penjaga gol, Mohamad Rafaizul Mohamad Saini pada minit ke-51, melengkapkan kemenangan bergaya 4-1.
Keputusan itu menyaksikan pasukan negara tersungkur ke kedudukan tercorot setelah gagal mengutip sebarang mata.
Terdahulu, pasukan India mengukuhkan kedudukan di tempat pertama setelah menewaskan Great Britain 6-4, dengan mengutip enam mata.
Dalam perlawanan berasingan, Australia mempamer kebangkitan bagi mengikat New Zealand 2-2 sekali gus meraih mata pertama dalam kejohanan ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source