[VIDEO] Tular menari goyang kepala sambil mengemis, dua lelaki Afrika ditahan
KUALA LUMPUR – Kegiatan dua lelaki warga Afrika tular meminta sedekah sambil menari tarian tradisional ala Maghribi ditahan di Bukit Bintang, awal pagi tadi.
Difahamkan dua lelaki warga Maghribi itu turut tular di media sosial apabila merosakkan pemandangan ibu negara dengan aktiviti tersebut.
Tangkapan dilakukan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menerusi Op Kutip pada pukul 1.30 pagi selepas mendapat aduan awam.
Salah seorang yang ditahan, Khalid, 30 berkata, tujuan dia bersama rakan bermain alat muzik sambil menari adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan sepanjang di ibu negara.
Katanya, peralatan muzik serta pakaian tradisional Maghribi tersebut dibawa dari tanah airnya dan akan membuat ‘persembahan’ setiap hari bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi.
“Kami datang sebagai pelancong dan tinggal di hotel berdekatan untuk tidur, main muzik untuk cari duit makan sahaja.
“Sehari boleh dapat RM200, cukup untuk makan berdua setiap hari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi tangkapan.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, semakan mendapati kedua-dua lelaki tersebut didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS).
Katanya, kedua-dua lelaki warga Maghribi itu disiasat di bawah Di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Semakan mendapati kedua-duanya masuk ke Malaysia menggunakan PLS pada 11 Oktober bagi tujuan melancong.
“JIM Kuala Lumpur memberi peringatan tegas kepada pelancong warga asing bahawa menggunakan pas pelawat untuk bekerja adalah salah termasuk mengemis.
“Tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan,” katanya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source