Gaji Minimun Dinaikkan Ke RM1700, Ini Beberapa Intipati Belanjawan 2025 Yang Perlu Diketahui
Sedia maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada pukul 4 petang tadi.
Berikut merupakan beberapa intipati dan ringkasan Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia:
1. Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025.
2. Cukai jualan yang digunakan untuk barangan makanan asas tidak akan dikenakan buat rakyat.
3. Jumlah hutang baru berjaya diturunkan, turun sebanyak RM5 bilion, di mana pada tahun 2025 dijangka menurun jadi RM80 bilion, jika hendak dibandingkan dengan tahun 2024 iaitu RM85 bilion.
4. Cukai jualan akan dikenakan pada makanan bukan asas iaitu barangan premium yang diimport seperti avokado dan ikan salmon.
“Subsidi RON95 kekal untuk 85% Rakyat. Kerajaan cadang untuk laksanakan subsidi bersasar RON95 pada pertengahan tahun 2025” – PM @anwaribrahim #Belanjawan2025 #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/6qSFoejbD9
— Jason Yew (@jasonyew) October 18, 2024
5. Kerajaan cadang laksana penyasaran subsidi petrol RON95 di pertengahan 2025, penjimatan dapat memberi manfaat untuk kesejahteraan rakyat.
6. Harga RM2.05/liter akan dikekalkan buat 85% rakyat.
7. Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan.
8. Kerajaan mencadangkan kenaikan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah pada tahun 2025.
9. Membenarkan dan memberi kebebasan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan tegas dengan mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
10. Kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi buat Sumbangan Tunai Ramah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun hadapan.
11. Penerima SARA akan diperluaskan sebanyak 4.1 juta penerima, manakala penerima STR kategori isi rumah pula akan dikreditkan sebanyak RM100 sebulan dan difahamkan, bantuan akan mula diberi pada April 2025.
12. Buat bujang pula, kadar baharu telah dinaikkan menjadi RM600.
13. Hal yang menarik perhatian apabila PM Anuar Ibrahim memaklumkan kadar gaji minimun yang ketika ini sebanyak RM1500 naik menjadi RM1700 dan mula berkuat kuasa pada Februari 2025.
14. Kerajaan membuat keputusan untuk penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1700 membabitkan majikan yang hanya mempunyai pekerja kurang daripada lima pekerja dalam tempoh 6 bulan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
15. Bantuan buat penjawat awam Gred 56 dan ke bawah (termasuk lantikan kontrak) iaitu Bantuan Khas Kewangan akan diberi sebanyak RM500.
16. Bantuan tersebut akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran yang sudah pencen dan tidak pencen sebanyak RM250.
17. Difahamkan, bantuan berkenaan mula disalurkan kepada penerima pada Februari 2025.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source