“Tengok, Dia Nak Pukul…” – Wanita Pandu Vellfire Buat Kacau Di Stesen Minyak
Baru-baru ini, tular di aplikasi X memaparkan seorang wanita berniqab membuat kacau di sebuah stesen minyak di Saujana Utama, Sungai Buloh.
Menerusi video itu, wanita yang memandu Toyota Vellfire mengeluarkan sebatang kayu sebelum dirampas oleh orang awam yang berada di stesen itu.
Seorang lelaki tampil mengaku dirinya adalah suami kepada wanita berkenaan dan memohon maaf atas apa yang berlaku dan dalam masa menafikan dia mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Lelaki itu memberitahu bahawa isterinya mempunyai masalah mental sejak empat tahun lalu dan sudah membawa isterinya ke hospital untuk pemeriksaan.
Hospital pun dah pergi. Saya bawa sekali, dia pergi sendiri sekali, IPD (ibu pejabat polis daerah) bawa sekali tapi tak ada apa.
Saya masih cuba lagi ikhtiar, sekali lagi saya minta maaf sejuta kali.
Seorang wanita yang dipercayai merupakan kenalan kepada suami wanita itu memberitahu individu berkenaan mempunyai masalah mental yang menyebabkan keluarganya sering hidup berpindah randah.
Menurut suami dia, akak tu terkena buatan sihir sebelum PKP. Itu yang suami akak tu sudah usaha untuk rawatan moden dan tradisional dan masih dalam proses rawatan.
Difahamkan, Polis Daerah Sungai Buloh kini melakukan siasatan terhadap kes gangguan dilakukan wanita itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Kanun Keseksaan.
Dah kenapa pulak ni?
Sumber media sosial pic.twitter.com/xlxMa24xaz
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 18, 2024
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source