Logo, bendera Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah diperkenal Sabtu ini
KUALA NERUS – Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor Suar) akan memperkenalkan logo dan bendera rasmi badan beruniform tersebut pada Sabtu ini.
Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, peluncuran logo dan bendera rasmi kor terbabit akan disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
“Peluncuran itu akan diadakan sempena pada majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Integriti Muda Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah, Kohort 2/2024 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini.
“Kedua-dua logo dan bendera rasmi tersebut akan digunakan dalam perhimpunan Ko Suar di peringkat universiti,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap SPRM berkata, seramai 39 pegawai kadet Kor Suar yang merupakan kumpulan kedua dari UniSZA akan ditauliah sebagai Pegawai Integriti Muda (YIO) pada majlis sama.
Beliau berkata, sebelum menerima ditauliah sebagai YIO, kadet Kor Suar terbabit telah didedahkan dengan silibus nilai jati diri, integriti, dan pencegahan rasuah selama empat semester.
“Pentauliahan YIO menjadi nilai tambah kepada pelajar universiti terbabit apabila keluar bersaing mendapatkan pekerjaan kelak.
“Penawaran kursus tersebut juga melengkapkan inisiatif menyebarluaskan mesej dan pendidikan anti rasuah di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.
Jurucakap SPRM berkata, Kor Suar yang ditubuhkan sejak tahun 2022 kini memiliki 39 pegawai kadet merangkumi 12 lelaki dan 27 wanita.
Beliau berkata, pegawai kadet itu Kor Suar itu berperanan menyokong agenda nasional menyokong pembentukan masyarakat berintegriti tinggi dan bebas rasuah. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source