Timur Turkiye digegarkan gempa bumi 5.9 magnitud
ANKARA – Beberapa kawasan di timur Turkiye digegarkan oleh gempa bumi berukuran 5.9 magnitud hari ini walaupun tiada laporan segera mengenai kecederaan, kata pegawai.
Gegaran itu berlaku pada pukul 10.46 pagi (waktu tempatan) di Kale di Malatya, wilayah yang dilanda gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari 2023. Ia membunuh lebih 53,500 orang di Turkiye dan hampir 6,000 di negara jiran, Syria.
“Buat masa ini, tiada kehilangan nyawa mahupun kemusnahan harta benda berikutan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud,” tulis agensi pengurusan bencana AFAD di platform X.
Tidak lama selepas itu, Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, tiga bangunan ‘sebahagiannya runtuh’ di tiga kawasan berasingan dan perkhidmatan kecemasan telah menerima berpuluh-puluh panggilan untuk bantuan.
Pegawai tempatan di Malatya juga berkata, tiada ‘perkembangan negatif’ untuk dilaporkan pada peringkat ini walaupun gabenor wilayah menyatakan bahawa semua sekolah rendah dan menengah ditutup.
Gegaran kuat turut dirasai di beberapa bandar besar di wilayah itu termasuk Diyarbakir yang terletak kira-kira 140 kilometer ke tenggara, lapor wartawan AFP di lokasi kejadian. – AFP
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source