Masuk Senarai Ada Janda ‘Untuk Dihalalkan’, Bella Astillah Akui Sangat Sedih – “Tiada Siapa Ingin Berkahwin Dan Merancang Untuk Bercerai”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terkilan apabila statusnya sebagai janda anak dua dijadikan bahan usikan segelintir pihak.
Sebelum ini, nama Bella tersenarai dalam ‘janda untuk dihalalkan’ bersama-sama selebriti lain yang bercerai hidup seperti Emma Maembong , Nora Danish, Mawar Rashid, Rita Rudaini, Ira Kazar dan Puteri Sarah Liyana.
Ujar Bella, tiada insan yang inginkan kegagalan dalam hidup berumah tangga sekaligus membuatkan hatinya berasa sedih apabila diperlakukan seperti itu.
Saya rasa sangat sedih apabila nampak nama di situ dan kemudian dijadikan bahan jenaka. Inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya, mungkin sebab kita dah bercerai dan masuk senarai janda.
Tiada siapa ingin berkahwin dan merancang untuk bercerai. Saya cuma mahu jalan ke depan.
Dia yang kelihatan sebak mengenangkan nasib mengakui merasa sedih apabila hal perceraiannya diperkatakan.
Saya okey saja cuma kalau boleh tidak mahu cakap lagi mengenai hal melibatkan perceraian atau gelaran janda.
Saya kini lebih selesa untuk fokus soal kerjaya dan anak-anak sahaja. Terima kasih.
Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz telah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source