“Berjaya Pisahkan Suami & Isteri Antara Kejayaan Terbesar Buat Iblis” – Ustaz Wadi Annuar
Baru-baru ini, tular di platform TikTok satu video memaparkan perkongsian pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar mengenai pasangan suami dan isteri yang membuat keputusan untuk bercerai.
Suami & isteri berpisah adalah agenda syaitan
Kata Ustaz Wadi, perpisahan dalam rumah tangga merupakan agenda utama buat syaitan yang mahu menyesatkan umat Islam.
Menurutnya lagi, iblis akan cuba sedaya upaya menggoda umat Islam yang sudah mendirikan rumah tangga mendengar ‘bisikan’ yang boleh mendatangkan rasa kurang senang dengan pasangan sendiri.
Dia bisik isteri, suami jahat, dibisikkan prasangka suami, isteri tak buat tanggungjawab akhirnya berpisah. Bagi iblis, itulah antara sebesar-besar kejayaan menyesatkan anak Adam.
Terima kekurangan pasangan & mohon perlindungan
Dalam pada masa yang sama, pendakwah berkenaan sempat menasihati buat pasangan berkahwin untuk terima kekurangan serta memohon perlindungan daripada Allah SWT agar perkahwinan yang dibina kekal hingga ke Jannah.
Pohon dengan Allah kekalkan keharmonian dalam rumah tangga kita, baik sangka, terima keadaan dan juga kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing. Semoga Allah jaga keluarga kita.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source