Acosta janji bangkit di Phillip Island
LONDON – Pelumba muda Sepanyol, Pedro Acosta kini bersedia menghadapi empat pusingan terakhir perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) terutama untuk bangkit daripada pengalaman pahit di Motegi, Jepun.
Acosta yang membuat penampilan sulung di pentas MotoGP bersama pasukan GASGAS Tech3, telah mempamerkan prestasi hebat sepanjang musim ini dengan berjaya meraih empat podium.
Selepas menduduki tempat kedua Grand Prix (GP) Indonesia di Mandalika, pelumba berusia 20 tahun itu berjaya meraih petak pertama GP Jepun dan memberikan saingan sengit kepada Ducati bagi merebut kejuaraan.
Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia terjatuh semasa mendahului perlumbaan sprint pada Sabtu lalu sebelum sekali lagi terjatuh pada perlumbaan sebenar ketika berada di tempat kedua di belakang pemenang, Francesco Bagnaia.
Acosta tekad bangkit menjelang perlumbaan GP Australia di Phillip Island hujung minggu ini.
“Cuti ini memberi saya peluang untuk berehat, melepaskan tekanan dan juga berlatih di tempat yang saya suka.
“Kami ada empat lagi Grand Prix yang sangat penting dalam musim pertama saya sebagai pelumba MotoGP. Saya berharap dapat meneruskan rentak cemerlang seperti di Motegi tetapi kali ini tidak lagi terjatuh.
“Australia adalah salah satu litar kegemaran saya dan paling mencabar dalam kejuaraan. Saya harap dapat mencatat keputusan yang baik di sana. Satu-satunya cabaran di Australia adalah cuaca sejuk tetapi kami akan cuba mengatasinya,” katanya.
Pengurus pasukan, Nicolas Goyon turut meluahkan keyakinan Acosta mampu bangkit di Phillip Island selepas kekecewaan di Jepun.
“Dia meninggalkan Jepun dengan rasa kecewa selepas terlibat dalam dua kemalangan walaupun dia antara pelumba terpantas sepanjang hujung minggu. Kami yakin dia akan menebus kesilapan di Phillip Island,” kata Goyon. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source