Tanah runtuh: 20 rumah sekitar Taman Melawati perlu dikosongkan
AMPANG JAYA – Penghuni yang mendiami 20 buah kediaman berhampiran kawasan tanah runtuh di lereng bukit Taman Melawati, di sini, diarahkan untuk berpindah sementara.
Tindakan tersebut diambil kerana kemungkinan masih berlakunya pergerakan tanah yang berisiko mengancam keselamatan penduduk.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut sekitar pukul 10.30 pagi tadi.
Katanya, kejadian itu menyebabkan 20 unit rumah teres terputus laluan utama.
“Dalam kejadian sama, satu motosikal yang diletakkan di dalam sebuah rumah mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat runtuhan tanah.
“Sebuah kabin pondok pengawal turut mengalami kerosakan apabila terbalik ekoran runtuhan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua penduduk terkesan telah diarah untuk berpindah ke Dewan serbaguna, Jalan E5 Taman Melawati, di sini.
Tegas Mohd Azam, pihaknya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan bersama-sama di lokasi untuk pemantauan berkala.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, hujan lebat sejak awal pagi tadi mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, di sini.
Sepasukan anggota dan jentera keluar Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemantauan.
Setibanya di lokasi, didapati berlaku runtuhan tanah di lereng bukit dengan ketinggian 30 meter.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source