MBSA nafi lepaskan spesies ikan ‘alien’
SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan ikan yang dilepaskan ke dalam Tasik Shah Alam adalah spesies ikan yang dilarang dilepaskan ke perairan umum atau ikan ‘alien’.
Menurut Pengarah Korporat MBSA, Mohd. Azhar Mohd. Sharif, acara pelepasan ini diadakan bagi tujuan kawalan keseimbangan spesies dan populasi ikan di Tasik Shah Alam.
Katanya, ia juga simbolik bagi Pertandingan Memancing Shah Alam 2024 yang akan berlangsung pada 27 Oktober depan.
“Ikan yang dilepaskan adalah spesies ikan pangasianodon hypophthalmus atau patin siam.
“Merujuk kepada poster spesies ikan asing dan senarai ikan asing dilarang dilepaskan ke perairan umum yang dipaparkan di Portal Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) tidak dinyatakan larangan pada spesis ikan patin siam atau pangasianodon hypophthalmus,” katanya hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Jabatan Perikanan Selangor kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang melepaskan ikan asing jenis patin siam di Tasik Bandaraya Seksyen 14 di sini.
Jelas Mohd. Azhar, MBSA juga memperolehi bekalan ikan tersebut daripada pembekal ikan yang berdaftar dengan DOF.
Tambahnya, MBSA akan membuat rujukan terlebih dahulu dengan DOF bagi memastikan spesies ikan yang dilepaskan adalah jenis yang dibenarkan sebelum mengadakan acara pelepasan ikan di masa akan datang.
“MBSA akan memberikan hadiah kepada 100 pemancing terawal menaikkan ikan asing semasa pertandingan memancing Shah Alam pada 27 Oktober ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha bagi mengurangkan spesies ikan asing di Tasik Shah Alam,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source