Kelayakan Piala Dunia: Indonesia akhirnya ‘dijinakkan’
SHANDONG- Skuad Indonesia mengalami kekalahan pertama pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas 1-2 kepada China di Stadium Qingdao dalam aksi Kumpulan C sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Sang Garuda kendalian Shin Tae-yong membariskan kesebelasan terbaik dengan sebahagian besar pemain berdarah kacukan diturunkan seperti Jay Idzes, Marten Paes, Ragnar Oratmangoen dan Ivar Jenner.
Skuad tuan rumah dilihat tidak mempunyai masalah untuk membuka akaun gol hasil penyudah yang dipamerkan oleh penyerang dari wilayah Uyghur, Behram Abduweli yang mempamerkan penyudah berbisa hasil daripada penentuan set-piece pada minit ke-21.
Tersentak dengan gol tersebut, Indonesia memperkemaskan jentera serangan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan Calvin Verdonk tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol China pada minit ke-41.
China terus menghukum kealpaan benteng pertahanan pasukan pelawat apabila berjaya menggandakan kelebihan hasil penyudah Zhang Yuning untuk meletakkan kedudukan 2-0 sebelum wisel penamat babak pertama ditiupkan.
Bersambung pada separuh masa kedua, Tae-yong dilihat merombak pasukan dengan memasukkan Rizki Ridho, Marselino Ferdinan dan Thom Haye.
Sang Garuda yang menduduki ranking ke-129 dunia berjaya mendominasi saingan pada sebahagian besar separuh masa kedua dengan China yang dikendalikan oleh Branko Ivankovic hanya melakukan serangan balas pantas.
Gol dicari akhirnya tiba apabila Haye bijak menyudahkan peluang terhidang selepas pertahanan China gagal mengekang hantaran jauh Arhan Pratama pada minit ke-86.
Jaringan tersebut menaikkan semangat pasukan Indonesia tetapi kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan tersebut menyaksikan Indonesia dan China berkongsi tiga mata selepas mengharungi empat aksi kelayakan Piala Dunia 2026 ketika ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source