“Farid Kamil Terbaik Dalam Pujuk Isteri, Dia Betul-Betul Sayang Isteri”
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai perceraian bekas pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin apabila sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Susulan perceraian mereka, di media sosial hangat pula diperkatakan mengenai pelakon Farid Kamil yang terus mempertahankan rumah tangganya dengan aktres Diana Danielle sebelum ini.
BACA: Farid Kamil Hadiahkan Diana Danielle Bunga, Neelofa Juga Nak Bunga Dari Suami
@dianagjimxi
Menerusi satu perkongsian di TikTok, netizen memuat naik video mengimbau semula kes perceraian antara Farid dan isterinya pada Ogos tahun lalu.
Mana tidaknya, Farid bersungguh-sungguh memujuk isterinya dengan memberi tawaran pendamaian iaitu RM225,000 merupakan sebuah kereta Vellvire dan barang kemas bernilai RM10,700. Lebih manis, pasangan itu rujuk semula pada 31 Ogos 2023 selepas 21 hari bercerai.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan cinta Farid terhadap Diana sememangnya besar dan aktor itu memahami isterinya ketika itu sedih dan marah, namun tetap berjuang.
Malah, ada yang mengatakan disebabkan kesungguhan Farid itu Diana memberi peluang untuk kembali bersama dan kini dilihat semakin bahagia.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan Farid sememangnya satu dalam sejuta kerana sanggup rendahkan ego untuk memujuk isteri tercinta.
Sementara itu, ada juga yang berharap Fattah dapat memujuk semula hati bekas isterinya serta berharap pasangan itu akan bersatu semula.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source