“Temberang Lah Kau Ni Kak..” – Peniaga Salah Guna Minyak Subsidi Diserbu KPDN Melaka
Seperti sedia maklum, kerajaan telah memberitahu pembelian minyak paket hanya boleh dibeli untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh digunakan bagi tujuan komersial.
Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok milik KPDN Melaka, @kpdnmelaka, menyerbu sebuah premis makanan.
Menerusi video tersebut, awalnya pihak berkuasa hanya bertanya mengenai minyak masak paket yang dijumpai di premis tersebut.
Namun, hasil siasatan mendapati pekerja warganegara Rohingnya itu telah menyembunyikan beberapa paket minyak masak.
You kata ada 1,2 je. Temberang kau ni kak.
Pekerja terbabit menafikan penggunaan minyak masak berkenaan. Dia juga cuba menukar topik apabila ditanyakan mengenai pemilik premis tersebut.
Selain itu, kedai tersebut didapati tidak menjaga kebersihan dengan baik apabila dijumpai bahan makanan diletakkan di tempat yang tidak bersesuaian.
Operasi itu disertai oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, datuk Ngwe Hee Sem dan Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source